Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan PPDK Jajahan Machang diadakan pada 04hb March 2020 di SK Machang. Program ini melibatkan empat PPDK iaitu, PPDK Permata Hati, PPDK Insani, PPDK Baitul Jannah dan PPDK Temangan. Perasmian disempurnakan oleh YBrs. Dr Rosmailaini yang mewakili Pengarah JKM Negeri. Objektif program ini ialah:
1.1 Menghargai pencapaian dan penglibatan warga PPDK serta memberi anugerah kepada pelatih yang ada peningkatan dari segi sahsiah, sosial, akademik dan kemahiran.
1.2 Meningkatkan semangat dan advokasi kepada pelatih untuk memperbaiki diri dalam penglibatan akan datang.
1.3 Menyemarakkan hubungan silatulrahim antara pelatih baru dan lama serta jawatankuasa.
1.4 Untuk meningkatkan kerjasama Jawatankuasa, staf PKMJ, Pekerja PPDK dan ibubapa dalam menjayakan program.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan