Rabu, 15.07.2026:
Alhamdulillah, Program Kembara & Rekreasi Trip To Dabong telah berjaya dilaksanakan. Program yang telah lama dirancang ini memberi peluang kepada pelatih menaiki keretapi dan melawat sekitar Pekan Dabong. Pengalaman ini amat berharga memandangkan ada dalam kalangan pelatih yang kali pertama menaiki pengangkutan awam tersebut. Antara lokasi menarik yang dilawati ialah Kompleks Gua, Gunung Stong Viewpoint dan sekitar Pekan Dabong. Selain itu, pelatih berpeluang merasai pengalaman memungut durian sendiri di kebun milik seorang kenalan yang bermurah hati menjamu pelatih dengan isi durian yang segar dan enak.Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu, malah dapat mengeratkan hubungan sesama pelatih di samping menghargai keindahan alam semula jadi.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan