Pelbagai aktiviti dijalankan bagi melatih Pelatih-pelatih dewasa PDK Insani supaya dapat menjalankan kerja-kerja yang sesuai dengan mereka. Setakat ini PDK Insani memperkenalkan aktiviti membuat kerepek, kotak kertas, alas meja, mengemas, memasak dan sebagainya. Petugas yang bertanggungjawab akan memastikan setiap pelatih dewasa akan menjalankan kerja yang diarahkan setelah mereka diajar berulang kali.
Selain ciri-ciri keselamatan, kebersihan juga diutamakan semasa memproses makanan untuk dipasarkan kawasan sekitar.
Untuk bulan April ini, 2 orang Petugas yang mengambil alih mengantikan petugas Mac akan meneruskan aktiviti membuat kerepek dan kotak kertas serta penambahan produk kerepok ikan keli.

















PDK Insani dan PDK Temangan pada 27. Feb 2011 telah mengadakan Program Lawatan Ke Terengganu. Program ini disertai 7 orang AJK termasuk Pengerusi PDK Insani, 9 orang petugas dan 4 orang pelatih serta Penyelaras PDK Machang, En. Aman Md Bakri. Program ini bertujuan menimba ilmu dan bertukar-tukar fikiran.


































