Sempena PDK yang akan
bercuti bermula 22 Disember 2016 hingga 02.02.2017, PDK INSANI sebagaimana
lazimnya setiap tahun mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun. Pada majlis ini
diserikan dengan penyampaian anugerah pelajar yang rajin hadir, pelajar yang
menyimpan wang paling banyak, pelatih cemerlang dan sebagainya.
Sempena hari
ini juga adalah majlis perpisahan Petugas yang menamatkan kontraknya di Pdk Insani Machang iaitu Raja Azizah Raja Yusoff.
Terima kasih di atas sumbangan anda selama ini.
Selasa, 17 Januari 2017
Isnin, 31 Oktober 2016
PERTANDINGAN SIHAT MEMASAK BUBUR ASYURA
Jemaah hakim dan juri yang terdiri daripada staf JKM yang berpegalaman telah membuat keputusan sebagaimana berikut:
1 - PDK Pulai Chondong, 2- PDK Insani, 3- PDK Temangan dan 4 - PDK Bandar Machang.
Program ini berjaya memupuk kerjasama dan konsep gotong royong yang semakin pupus dalam program asyura.
Terima kasih kepada Jawatankuasa, penyelia, petugas, ibu bapa dan pelatih PDK serta staf PKMJ
Machang di atas kerjasama yang diberikan.
Selasa, 25 Oktober 2016
Mesyuarat Panel Penilai
Bertempat di Pusat Transformasi Ilmu di Bukit Tiu, pada 24/10/2016, seramai 9 orang pelatih PDK jajahan Machang dinilai oleh Panel Penilai yang terdiri daripada wakil Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Klinik Kesihatan Daerah, Jabatan Tenaga Kerja, Juru pulih anggota, Cara Kerja dan PKMJ. PDK terlibat, PDK Bandar Machang, PDK Insani, PDK P. Chondong dan PDK Temangan
Langgan:
Catatan (Atom)
























