Khamis, 23 Julai 2009

Mesyuarat Agung PDK Insani kali -4

PDK Insani telah mengadakan Mesyuarat Agung untuk kali keempat pada 18 Julai 2009 bertempat di PDK Insani. Mesyuarat Agung PDK diadakan setahun sekali dan pemilihan Jawatankuasa diadakan dua tahun sekali. Pada tahun 2009 adalah Mesyuarat Agung Pemilihan.

Mesyuarat Agung PDK Insani dirasmikan oleh Pn. Faridah Ibrahim, Pegawai Kaunselor JKM Machang yang mewakili Pegawai JKM Machang (Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh)

Antara lain Pn. Faridah berucap memuji usaha PDK Insani dalam projek satu PDK satu Produk iaitu projek Ikan Keli Dalam Kanvas.
Beliau juga menyokong usaha memohon derma mozek oleh PDK kerana ini satu usaha yang baik bagi menyatakan sikap bergotong royong dan bantu membantu demi keselesaan pelatih.
Berharap semua program dan aktiviti mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh JKM dan hendaklah mendapat kerjasama dari AJK dan ibubapa agar menepati proses pemulihan yang berkesan.

Selepas perasmian, Pn. Faridah diminta untuk menyampaikan tunggakan elaun khas pelatih dari bulan Jan - Jun. Seramai 26 orang pelatih di PDK dan 5 pelatih di rumah menerima tunggakan tersebut.

Pada Mesyuarat ini juga pemilihan Jawatankuasa baru diadakan. Walaubagaimanapun En. Mohd Razali MD Din masih dikekalkan sebagai Pengerusi PDK Insani walaupun semua jawatan lain bertukar tangan.

Dalam ucapan penangguhan, Pn. Ratna Mahsuri Mohd Nor berharap jawatankuasa PDK Insani yang baru dapat menambahbaikan pentadbiran PDK untuk selanjutnya.


















Tiada ulasan: