Khamis, 2 Julai 2009

Sukaneka 4 PDK Machang

Pada 29 Jun 2009 yang lalu, 4 buah PDK Jajahan Machang bergabung bagi mengadakan program Sukaneka di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh.

Program ini sepatutnya diadakan di Padang Awam Laloh dengan penyertaan PDK tiga daerah iaitu Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai tetapi dibatalkan atas sebab-sebab teknikal. Walau bagaimanapun, PDK-PDK Jajahan Machang dalam satu mesyuarat tergempar pada 24 Jun 09, telah bersetuju dengan cadangan PDK Insani supaya program sukaneka ini diteruskan tetapi ditukar tempat perlaksanaannya.

Setelah berbincang yang turut dihadiri PKMJ dan Penyelaras PDK Jajahan, maka mesyuarat sebulat suara bersetuju mengadakan program Sukaneka sebagaimana yang diputuskan iaitu di Pantai Bisikan Bayu. Program ini secara umumnya mempunyai beberapa objektif antaranya:
i) Untuk memupuk hubungan silatulrahim yang erat sesama PDK Jajahan Machang
ii) Menggalakkan OKU bersukan dan bergembira seperti orang normal.
iii) Membiasakan masyarakat dengan keadaan Orang Kurang Upaya dan sebaliknya
iv) Untuk mengenal pasti OKU berbakat dalam bidang sukan
v) Sebagai satu riadah yang berfaedah.









Semoga program ini dapat diteruskan dari masa ke semasa dengan melibatkan lebih ramai penyertaan.

Tiada ulasan: