Selasa, 10 November 2009

Naik Keretapi ke Tumpat

PDK Insani dan PDK Temangan bergabung mengadakan satu program Lawatan ke Tumpat menaiki keretapi. Seramai 30 orang pelatih, sembilan petugas dan 4 orang AJK mengikuti program tersebut yang bermula di Tanah Merah.
Jam 7.30 pagi menaiki keretapi di Tanah Merah.
Jam 8.30 pagi - sampai di Tumpat, minum pagi dan melawat tempat menarik di Tumpat seperti Pantai Sri Tujuh. Semua perjalanan ini menggunakan perkhidmatan bas yang disewa khas.
Jam 11.00 pagi - Semua pelatih di bawa ke sebuah pusat membelah di Wakaf Siku. Tujuan ber5ada di situ adalah untuk diberi pendedahan permainan bowling.
Betapa seronoknya pelatih mendapat satu yang baru dalam hidup mereka. Turut bermain adalah petugas dan AJK.
Jam 2.00 petang, Beransur pulang. selepas menikamati makan tengahari di sebuah restoran.
Semua selamat sampai pada jam lima petang.
























OBJEKTIF PROGRAM :
- Sebagai satu program pemulihan untuk pelatih PDK
- Memperkenalkan pelatih dengan tempat-tempat awam.
- Mendedahkan pelatih dengan suasana orang ramai.
- Pendedahan pelatih kepada perkembangan sosio-emosi

1 ulasan:

rajaklate berkata...

Program sebegini adalah bagus untuk insan2 istimewa bagi membiasakan diri mereka dengan masyarakat dapat menghilangkan rasa perbezaan dengan insan yang normal.