Isnin, 18 Oktober 2010

Lawatan Ke PDK Kg. Raja Besut



Penyelia dan Petugas PDK Insani dan PDK Temangan telah mengadakan Lawatan Silatulrahim ke PDK Kg. Raja Besut pada 11 Okt 2010 baru-baru ini. Lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar fikiran dan mengeratkan hubungan persaudaraan. Turut serta dalam lawatan itu ialah 2 orang AJK dan diketuai oleh Pengerusi Insani, Mohd Razali Md Din.

PDK Kg. Raja Besut adalah PDK contoh negeri Terengganu dan menggodol PDK terbaik 2 tahun berturut (2009 & 2010). Di peringkat kebangsaan PDK Kg. Raja Besut mendapat tempat ketiga terbaik antara PDK-PDK di Malaysia.

Sepanjang lawatan itu penyelia dan petugas diberi penerangan oleh Penyelia PDK Kg. Raja Besut di samping Bendahari serta sukarelawannya. Mereka juga dibawa melawat bilik sensori, bilik vokasional dan taman serta lainnya.

sebelum berlepas pulang, Penyelia dan petugas pelawat dijamu dengan santapan nasi minyak. Mewakili PDK Insani dan PDK Temangan, kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas layanan yang cukup istimewa. Banyak ilmu yang dapat kami kongsi bersama dan dibawa pulang dan insyaallah akan dipraktikkan di PDK masing-masing.






Dalam perjalanan pulang, warga pekerja PDK Insani dan PDK Temangan singgah di Pantai Air Tawar di Seberang Pintasan dan Jerang Linang di Pasir Puteh untuk melengkapkan program lawatan.

Tiada ulasan: