21 Okt 2010 - Pelatih PDK Insani dan PDK Temangan menerima jemputan menyertai Program Jabatan Pertanian Machang sempena memperkenalkan dan demonstrasi mesin Penghancur batang jagung untuk dijadikan makanan lembu. Turut serta Peladang Kawasan, FAMA, Penyelia dan Petugas PDK dan Pengerusi masing-masing. Beberapa orang pelatih Masterskil yang sedang membuat praktikal di PDK Insani turut memeriahkan majlis.
Program berlangsung di ladang jangung Pengerusi PDK Temangan, Zulkefeli Rani. Majlis dimulakan dengan acara bakar jagung dan kemudian Pejabat Pertanian mengadakan demontrasi memproses batang jagung untuk dijadikan makanan lembu.
Sementara itu, pelatih PDK dan penduduk kampung dihidangkan dengan jagung bakar dan makanan ringan.
Majlis tamat jam 1.30 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan