Ahad, 7 Februari 2016

LAWATAN KE BALAI BOMBA & PENYELAMAT

Pelatih PDK Insani memulakan tahun 2016 dengan aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke Balai Bomba Dan Penyelamat Machang. Program ini berlangsung pada 20 Jan 2016 yang lalu.

Program ini adalah satu sesi pemulihan minda menerusi pengalaman dan pemerhatian. Pelatih PDK yang diiringi Penyelia dan Petugas serta beberapa orang AJK akan melawat Balai Bomba dan melihat beberapa demontrasi memadam kebakaran dan kerja-kerja menyelamat. Pelatih juga diberi peluang menaiki kenderaan bomba dan lain-lain. . 

 Objektif utama program ini adalah sebagai satu sistem pembelajaran secara teori dan praktikal. Selain itu ianya juga memberi peluang pelatih PDK mendekati dan memahami peranan anggota bomba yang selama ini mungkin hanya dilihat menerusi TV.

Kemudian, pelatih PDK akan dibawa ke Taman Majlis Daerah untuk bergaul dan mendekati mayarakat. Di sini juga adalah satu cara membiasakan pelatih dengan masyarakat semasa di Taman.

Program seumpama ini sebagai satu cabang program pemulihan luar kelas.

Berikut adalah aturcara program hari berkenaan:

08.00 Pagi     : Berkumpul di PDK
08.30 Pagi     : Bertolak ke Bandar Machang dengan kenderaan
09.00 Pagi     : Sampai di Balai Bomba dan Penyelamat Machang
                   : Sesi Suaikenal / Ramah Mesra
                   : Demontrasi memadam kebakaran oleh pasukan Bomba
                   : Pengalaman menaiki kenderaan bomba
                   : Sesi Bergambar
10.30 Pagi     : Bertolak ke Taman Majlis Daerah Machang
                   : Makan dan minum
                   : Bermain buaian, gelonsor dan sebagainya.
11.30 Pagi     : Bertolak balik.
12.00 Tgh      : Sampai di PDK / Bersurai.

 



















Tiada ulasan: