Sambutan Hari Terbuka
Pogram Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jajahan Machang adalah kali pertama
diadakan di sini. Program ini melibatkan empat PDK di jajahan Machang iaitu PDK
Bandar Machang, PDK Insani, PDK Pulai Chondong dan PDK Temangan. Hari Terbuka
PDK Jajahan Machang menjadi meriah kerana ianya diserikan dengan
kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Malaysia, YB Datuk Azizah Mohd Dun.
Program yang berlangsung pada 5hb Februari 2016 ini turut dihadiri YB Senatur Datin Rahimah Mohamad, Ybrs Tuan Haji Mohamad Hanafi bin Haji Maulud, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Ybrs Pn Roshayati binti Omar, Ketua Penolong Pengarah Kelantan (Bahagian OKU dan Warga Emas), Ybrs Pegawai Kebajikan Masyarakat Machang, Cik Liayana binti Alpha, staff-staff JKM negeri dan JKM daerah, dan warga empat PDK jajahan Machang
Tujuan Hari Terbuka adalah untuk mempromosikan PDK
kepada orang ramai, memberi peluang
kepada masyarakat mengetahui dan memahami tentang keperluan dan tujuan PDK
diadakan dalam komuniti. Hari Terbuka secara gabungan empat PDK ini juga akan memberi peluang
kepada pelatih OKU bergaul dengan masyarakat, menunjukkan bakat dan mempamerkan
produk-produk PDK.
Namun apa yang penting. program ini telah menjalinkan hubungan dan menanam konsep kerja
berkumpulan antara PDK-PDK jajahan Machang.
Berikut aturcara program:
9.00 Pagi - Semua peserta mengambil tempat
masing-masing
- Ketibaan
YB Timbalan Menteri PWKMM (Disambut dengan paluan kompang)
- Pelatih
PDK Bandar menyampaikan Jambangan bunga kepada YB
- Persembahan
tarian oleh Pelatih PDK.
- Bacaan
doa selamat
- Ucapan
Alu-aluan Wakil Pengerusi PDK (Pengerusi PDK Bandar).
- Ucapan
Pengarah JKM Negeri
- Ucapan
YB Timbalan Menteri PWKMM
- Gimik
perasmian – Memotong Pulut Kuning.
- Acara
Memotong Kek Hari Lahir
- Lawatan
YB Timbalan Menteri ke bilik pembelajaran/ pemulihan/ Aktiviti.
- Jamuan
makan
- Penyampaian
Cenderahati kepada YB Timbalan Menteri
Majlis Bersurai lebih kurang jam 12.30 Tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan