Selasa, 10 Mei 2016

LAWATAN PELAJAR PERUBATAN HUSM

PDK Insani hari ini, 10 May 2016 telah menerima kedatangan rombongan pelajar Perubatan dari HUSM untuk program mereka Lawatan Sambil Belajar. Rombongan ini terdiri daripada 17 orang Pelajar perubatan tahun 2 program komuniti dan kes keluarga dan diiringi tiga orang pegawai antaranya Dr Azriani Ab Rahman. 

Sepanjang berada di PDK Insani, mereka diberi taklimat berkaitan Jawatankuasa  PDK oleh Pengerusi PDK iaitu Pn Norliza Idris. Manakala taklimat berkaitan Pengurusan dan Pelatih PDK disampaikan oleh Penyelia PDK Insani, Pn Rohimah Safein.

Pelajar Perubatan ini berpeluang bertanya soalan dan turut mendampingi pelatih dan melihat aktiviti mereka di PDK.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi PDK Insani berharap kedatangan rombongan ini mendapat input dan ilmu serta pengalaman berkaitan pengajian mereka. Pengerusi juga turut berasa bangga kerana, walaupun PDK Insani berada di ceruk desa, pelajar-pelajar yang bakal bergelar doktor ini sudi datang dan melawat PDK Insani. Mudah-mudahan kesudian ini akan berterusan dan turut diikuti oleh orang lain pula sambil bertukar-tukar fikiran dan pandangan demi kebaikan bersama.




Pengerusi sedang memberi taklimat PDK






Pn Saripah yang mewakili PKMJ menyampaikan ucapan.



Peserta rombongan




Ketua rombongan menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi

Peserta bergambar bersama pelatih









Tiada ulasan: