Sukan adalah satu aktiviti yang banyak manfaatnya kepada diri,
masyarakat dan negara. Sukan paralimpik yang dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya
(OKU) telah lama diiktiraf oleh kerajaan setanding dengan sukan orang normal.
Namun masih ada OKU yang tidak begitu berminat untuk menyertai bidang sukan
disebabkan kurangnya promosi dan tidak tahu manfaatnya.
Jadi sempena Bulan
Sukan tahun 2017 ini, empat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dalam jajahan Machang telah menganjur bersama Kejohanan Sukan 1PDK Jajahan Machang bertujuan mencari bakat dan mempromosikan
bidang sukan sebagai satu aktiviti yang berfaedah dan mengembangkan bakat.
Objektif:
2.1
Menanam
minat kepada OKU dalam bidang sukan
2.2
Membawa
mesej sukan sebagai gaya hidup sihat dan menghindari dari penyakit.
2.3
Mempromosikan
sukan sebagai kerjaya.
2.4
Mengeratkan
hubungan silatulrahim antara PDK.
2.5
Mempromosikan
motto Majulah Sukan Untuk negara.
Perlaksanaan:
Tarikh : 04hb Disember 2017 (Isnin)
Tempat : Dewan SJK (C) Pei Hwa
Masa :
7.30 Pagi – 04.00 Petang
5.1 Acara-Acara:
5.1.1
Karem 2 kategori
Kategori bergu lelaki OKU + bukan OKU (4 Kumpulan)
Kategori bergu wanita OKU + bukan OKU (4 Kumpulan)
(Semua
lawan - Kira mata )
5.1.2
Dart 4 kategori
Kategori lelaki OKU (Terbuka – 5
orang setiap PDK)
Kategori lelaki bukan OKU (Terbuka –
5 orang setiap PDK)
Kategori wanita OKU (Terbuka – 5
orang setiap PDK)
Kategori wanita bukan OKU (Terbuka –
5 orang setiap PDK)
5.1.3
Lompat
berdiri
a.
Kategori
lelaki OKU (4 peserta)
b.
Kategori
wanita OKU (4 peserta)
5.1.4
Pentaque
/ Bocce 2 kategori
a.
Kategori
kumpulan lelaki (2 OKU dan 2 bukan OKU) (4 Pasukan)
b.
Kategori
kumpulan wanita (2 OKU dan 2 bukan OKU) (4 Pasukan)
5.1.5
Badminton
4 kategori
a.
Kategori
persaorangan lelaki OKU (4 peserta)
b.
Kategori
bergu lelaki OKU + bukan OKU (4 bergu)
c.
Kategori
persaorangan wanita OKU (4 peserta)
d.
Kategori
bergu wanita + bukan OKU (4 bergu)