Isnin, 15 Januari 2018

KEJOHANAN SUKAN 1PDK JAJAHAN MACHANG

 Sukan adalah satu aktiviti yang banyak manfaatnya kepada diri, masyarakat dan negara. Sukan paralimpik yang dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) telah lama diiktiraf oleh kerajaan setanding dengan sukan orang normal. Namun masih ada OKU yang tidak begitu berminat untuk menyertai bidang sukan disebabkan kurangnya promosi dan tidak tahu manfaatnya. 

Jadi sempena Bulan Sukan tahun 2017 ini,  empat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dalam jajahan Machang telah menganjur bersama Kejohanan Sukan 1PDK Jajahan Machang bertujuan mencari bakat dan  mempromosikan bidang sukan sebagai satu aktiviti yang berfaedah dan mengembangkan bakat.

Objektif:
2.1         Menanam minat kepada OKU dalam bidang sukan
2.2         Membawa mesej sukan sebagai gaya hidup sihat dan menghindari dari penyakit.
2.3         Mempromosikan sukan sebagai kerjaya.
2.4         Mengeratkan hubungan silatulrahim antara PDK.
2.5         Mempromosikan motto Majulah Sukan Untuk negara.
Perlaksanaan:
Tarikh           : 04hb Disember 2017 (Isnin)
Tempat         : Dewan SJK (C) Pei Hwa

Masa             : 7.30 Pagi – 04.00 Petang














5.1  Acara-Acara:

5.1.1        Karem 2 kategori
Kategori bergu lelaki OKU + bukan OKU (4 Kumpulan)
Kategori bergu wanita OKU + bukan OKU (4 Kumpulan)
             (Semua lawan - Kira mata )

5.1.2          Dart 4 kategori
Kategori lelaki OKU (Terbuka – 5 orang setiap PDK)
Kategori lelaki bukan OKU (Terbuka – 5 orang setiap PDK)
Kategori wanita OKU (Terbuka – 5 orang setiap PDK)
Kategori wanita bukan OKU (Terbuka – 5 orang setiap PDK)

5.1.3       Lompat berdiri
a.    Kategori lelaki OKU (4 peserta)
b.    Kategori wanita OKU (4 peserta)

5.1.4       Pentaque / Bocce 2 kategori
a.    Kategori kumpulan lelaki (2 OKU dan 2 bukan OKU) (4 Pasukan)
b.    Kategori kumpulan wanita (2 OKU dan 2 bukan OKU) (4 Pasukan)

5.1.5         Badminton 4 kategori
a.    Kategori persaorangan lelaki OKU (4 peserta)
b.    Kategori bergu lelaki OKU + bukan OKU (4 bergu)
c.    Kategori persaorangan wanita OKU (4 peserta)
d.    Kategori bergu wanita + bukan OKU (4 bergu)


Tiada ulasan: