Isnin, 15 Januari 2018

MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN PDK INSANI

Pada 12/12/2017 yang lalu, bertempat di PDK Insani, satu mesyuarat penubuhan Persatuan Pemulihan Dalam Komuniti telah diadakan. Kehadiran seramai 20 orang itu telah bersetuju untuk menubuhkan persatuan dan melantik Jawatankuasa Penaja untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) menggunakan sistem e-roses. Pada 27/12/2017, permohonan PDK Insani telah diluluskan dengan nombor pendaftarannya: PPM-038-03-27122017

Penubuhan pertubuhan ini adalah selaras dengan arahan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mahu semua PDK didaftarkan secara sah dengan ROS . Semoga dengan pendaftaran ini, akan dapat memajukan PDK Insani untuk meneruskan program pemulihan untuk anak-anak istimewa yang berada di sini. 





Tiada ulasan: