-baru ini PPDK Insani telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Lot 477, Depan Masjid Kampung Pek, Machang, Kelantan pada 1-8-2019. Program pertama PPDKI yang diadakan di tempat baru ialah Hari Mahabbah PPDKI dan Ramah Mesra Bersama Komuniti. Program diadakan pada 13/8/2019. Pelbagai pengisian diadakan seperti pameran quran braille dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, urutan refleksi dan cabutan hadiah. Turut diadakan solat hajat.Rabu, 4 September 2019
PROGRAM PERTAMA DI TEMPAT BARU
-baru ini PPDK Insani telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Lot 477, Depan Masjid Kampung Pek, Machang, Kelantan pada 1-8-2019. Program pertama PPDKI yang diadakan di tempat baru ialah Hari Mahabbah PPDKI dan Ramah Mesra Bersama Komuniti. Program diadakan pada 13/8/2019. Pelbagai pengisian diadakan seperti pameran quran braille dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, urutan refleksi dan cabutan hadiah. Turut diadakan solat hajat.Selasa, 16 Julai 2019
SAMBUTAN HARI LAHIR PELATIH PPDK DI RUMAH
Aktiviti yang julung kali diadakan: MENYAMBUT DAN MERAIKAN HARI LAHIR PELATIH PPDK DI RUMAH - YANG TERLANTAR.
Atas inisiatif Penyelia dan Petugas dan dengan sokongan Jawatankuasa, mereka berusaha menjayakan program ini semasa mengadakan lawatan pemulihan di rumah. Semoga program ini diteruskan dari masa ke semasa.
Atas inisiatif Penyelia dan Petugas dan dengan sokongan Jawatankuasa, mereka berusaha menjayakan program ini semasa mengadakan lawatan pemulihan di rumah. Semoga program ini diteruskan dari masa ke semasa.
Rabu, 20 Jun 2018
MAJLIS BERBUKA PUASA 1439H / 2018
Sepertimana tahun sebelumnya PPDK Insani sekali lagi mengadakan Majlis Berbuka Puasa (iftar) 1439H bagi meraikan pelatih PDK yang berpuasa
bersama warga PDK, staf PKMJ bahagian OKU dan komuniti setempat.
Tarikh: 06-06-2018
Tujuan Majlis ini adalah untuk Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pelatih PDK dan warga PDK serta PKMJ yang lama sudah terjalin.
Tarikh: 06-06-2018
Tujuan Majlis ini adalah untuk Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pelatih PDK dan warga PDK serta PKMJ yang lama sudah terjalin.
Program ini juga memupuk rasa rendah diri di kalangan semua warga PDK,
kakitangan kerajaan mahupun warga OKU bahawa yang membezakan kita hanyalah
taqwa kepada Allah S.W.T
Majlis kali ini menjemput Ustaz Din bagi memberikan tazkirah tentang kelebihan di
bulan Ramadhan dan amalan-amalan yang meningkatkan iman kepada Allah S.W.T
Turut hadir ialah PKMJ Machang, Pn Suzieyaty Siyude dan Penyelaras PDK Jajahan, Pn Ratna Mahsuri Mohd Nor.
Turut hadir ialah PKMJ Machang, Pn Suzieyaty Siyude dan Penyelaras PDK Jajahan, Pn Ratna Mahsuri Mohd Nor.
Aturcara Majlis:
5.00 Petang : Pendaftaran
5.00 Petang : Pendaftaran
5.45
Petang : Ucapan Aluan Pengerusi
6.00
Petang : Ucapan dan perasmian oleh
PKMJ
: Cabutan Bertuah I (
Sumbangan )
6.15
Petang : Ceramah oleh Ustaz
jemputan
6.45
Petang : Penyampaian sumbangan dan
duit raya kepada
pelatih oleh PKMJ
: Cabutan Bertuah II (
Sumbangan )
7.00
Malam : Tahlil Ringkas
7.24
Malam : Berbuka Puasa
7.45
Malam : Solat Maghrib
8.00
Malam : Bersurai
Khamis, 22 Februari 2018
BENGKEL ASET PDK JAJAHAN MACHANG
Pada 21/02/2018 (Rabu) bertempat di PPDK Permata Hati Bandar Machang, satu mini Bengkel Pengurusan Aset diadakan yang melibatkan Penyelia, Petugas dan AJK PPDK jajahan Machang. Bengkel diadakan bertujuan memberi kefahaman berkenaan aset dan menanam sikap bertanggungjawab di kalangan warga PPDK terhadap harta-harta yang ada di premis masing-masing.Bengkel ini dikendalikan oleh Ketua Kerani Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Machang, En Solarhuddin. Program ini dirasmikan oleh PKMJ, Pn Suzieyaty Siyude dan beliau turut berada dalam program sehingga selesai.Turut serta ialah Penyelaras PDK Jajahan, Pn Ratna Mahsuri Mohd Nor

Selasa, 20 Februari 2018
Pindaan Undang-undang PDK Insani
Atas sebab-sebab penyeragaman nama seluruh Malaysia, Persatuan Pemulihan Dalam Komuniti Insani kini telah dikenali sebagai nama:
PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI INSANI MACHANG
berkuatkuasa pada 7hb Februari 2018.
PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI INSANI MACHANG
berkuatkuasa pada 7hb Februari 2018.
Harap Maklum. Walaupun nama berubah tetapi matlamatnya tetap sama.
Isnin, 15 Januari 2018
MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN PDK INSANI
Pada 12/12/2017 yang lalu, bertempat di PDK Insani, satu mesyuarat penubuhan Persatuan Pemulihan Dalam Komuniti telah diadakan. Kehadiran seramai 20 orang itu telah bersetuju untuk menubuhkan persatuan dan melantik Jawatankuasa Penaja untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) menggunakan sistem e-roses. Pada 27/12/2017, permohonan PDK Insani telah diluluskan dengan nombor pendaftarannya: PPM-038-03-27122017
Penubuhan pertubuhan ini adalah selaras dengan arahan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mahu semua PDK didaftarkan secara sah dengan ROS . Semoga dengan pendaftaran ini, akan dapat memajukan PDK Insani untuk meneruskan program pemulihan untuk anak-anak istimewa yang berada di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)
















































